BANTUAN

Apa itu RSS ?

RSS atau RDF Site Summary adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language) mengikut tahap spesifikasi W3Schools . Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara atas talian daripada halaman web yang menyokong aplikasi ini.

 

Apa itu Rss Reader?

Rss Reader adalah satu program yang membolehkan anda menerima berita atau maklumat daripada halaman web yang menyokong aplikasi RSS terus ke desktop anda. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai RssReader, sila ke halaman ini http://www.rssreader.com

 

Rss di laman web BKPP

Kemudahan aplikasi RSS ini disediakan khas untuk kegunaan pengguna laman web BKPP mendapatkan info terkini berkenaan dengan maklumat terkini yang dikeluarkan oleh BKPP. Melalui kemudahan aplikasi ini diharap agar BKPP dapat menyalurkan maklumat terkini daripada laman web BKPP dengan lebih pantas dan berkesan.

 

Melalui RSS Feeds ini juga:

1. Anda boleh memilih untuk membaca berita yang anda inginkan dan relevan dengan kehendak.
2. Anda secara tidak langsung mendapat informasi yang boleh dipercayai dan mencegah daripada informasi yang tidak di inginkan (Spam).
3. Anda dapat mengetahui maklumat terkini mengenai BKPP dengan lebih cepat dan berkesan.
4. Berita atau maklumat yang dipaparkan adalah yang terkini tanpa perlu melayari laman ini.

 

Langkah-langkah instalasi Rss Reader

Langkah 1 :

  • Muat turun Microsoft.NET framework terlebih dahulu jika anda tidak menggunakan Windows 2003 atau versi Windows XP yang terkini.

Langkah 2 :

Langkah 3 :

  • Install RssReader.
  • Jika anda muat turun versi .zip unzip fail tersebut terlebih dahulu dan run setup.exe.
  • Terus run jika anda muat turun versi .exe.

Langkah 4 :

  • Sila lihat imej ini RSS di dalam laman web BKPP.

Letakkan mouse di atas imej tersebut kemudian klik kanan, dan pilih "Copy Shortcut". Run RssReader dan pergi ke "add (+)" seterusnya klik kanan dan "paste" url dan tekan ok.

Untuk maklumat selanjutnya, sila layari http://www.rssreader.com/ .